Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. (Sungguh klise)
Alhamdulillah, ramai yang telah membaca entri saya sebelum ini. Rasa bersyukur kerana dapat berkongsi dengan semua pembaca tentang apa yang mereka tidak tahu. Baiklah, untuk entri kali ini, saya akan emphasize tentang bagaimana kita mahu masuk ke kolej, barang-barang yang perlu dibawa dan urusan pendaftaran.
1) Bayar Yuran dan buat Kad Bank
Once anda dah dapat tahu yang anda telah ditawarkan untuk masuk ke matrik, sahkan dulu, kemudian print semua dokumen yang dia bagi. Bawa dokumen-dokumen ini nanti ke matrik. Ada dokumen-dokumen penting yang kena diisi seperti borang perjanjian. Anda kena dapatkan tandatangan parent dan juga saksi seperti penjawat awam, jadi bolehlah minta abah dengan mak cik anda yang kerja sebagai cikgu atau pegawai kerajaan untuk sign nanti. Pastikan borang itu dicetak 2 salinan dan tandatangan untuk setiap salinan. Borang ini penting supaya anda boleh dapat elaun.
Untuk urusan pembayaran, sila baca dalam arahan. Biasanya pembayaran dibuat di bank yang tertera. Macam dulu, saya bayar di Bank BSN. Pembayaran ini hanya dibuat sekali sahaja dan ia adalah yuran pendaftaran sepanjang anda menuntut ilmu di bumi matrikulasi. Yuran berbeza mengikut aliran. Aliran sains kalau tak silap saya harganya RM 550, untuk akaun pula RM 480. Kenapa aliran sains mahal sikit? Sebab pelajar sains nanti akan diberi lab coat sepanjang menjalankan eksperimen seperti subjek Biologi, Kimia dan Fizik. Selain itu, harga yuran ini juga termasuk yuran MUET yang anda akan duduki nanti.
“Macamana kalau saya pindah keluar dari matrik? Adakah yuran saya akan dikembalikan?”
Hanya wang sebanyak RM100 sahaja yang akan dikembalikan iaitu yuran MUET. Untuk kes sebegini, sila rujuk dengan pihak pengurusan pelajar atau unit kaunseling kolej masing-masing ya.
Setelah selesai urusan pembayaran yuran, anda kena buat kad bank pula. Kad bank ini juga berdasarkan kolej matrikulasi masing-masing. Macam saya, di KML, kami guna kad bank rakyat. Tujuan buat kad bank ini adalah supaya pihak kolej dapat mendebitkan elaun ke dalam akaun masing-masing.
Ingat, jaga kad bank ini seperti anda menjaga bakal tunang anda. Eh.
Alright. Dah settle semua benda? Mari kita sambung.
2) Barang-barang yang perlu dibawa
Siapa yang pernah belajar di asrama sebelum ini, mungkin anda sudah biasa dengan benda-benda common yang perlu dibawa. Tapi itu bukan bermaksud anda tak payah baca perenggan ini. Anda kena baca juga okey, sebab “pesawat ini mungkin berbeza dengan pesawat-pesawat yang anda pernah naiki sebelum ini. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan juga mungkin berbeza.” Eh, dah tersasul jadi pramugari pesawat MASWings pula. Gitu.
Dalam dokumen pelajar ada dinyatakan senarai keperluan yang perlu dibawa seperti baju kuliah, baju sukan, kasut sukan, kasut kuliah, itu ini bla bla bla. Korang pun tahu baca juga kan? Tapi saya nak beri tips je.
a) Untuk lelaki, Baju kemeja kalau boleh biar yang plain, yang tak banyak corak bunga-geometri-batik-khat-kaligrafi. Putih is awesome. Necktie, tali pinggan jangan lupa. Lengan panjang nampak smart. Pastikan jangan beli yang non-cotton, especially untuk bakal-bakal pelajar KML, sebab nanti minggu orientasi korang akan di'compress', I mean, dipadat-mampat-himpit-sempitkan dalam Dewan Mutiara dengan 2000++ pelajar yang lain lagi. Dahlah kena pakai baju formal setiap kali berjumpa di dewan, tak ke panas tu? Pesan saya, bawalah kipas pontianak harum sundal malam atau kipas opera cina atau kipas elektronik. Sebab, serius, panas. T____T Seluar slack hitam ya, seluar jeans no no no. Tak payah bawah seluar jeans lah ke kolej, nanti kena rampas.
Untuk wanita, pakailah pakaian kurung, yang longgar. Yang muslimah, digalakkan pakai tudung labuh, baju labuh. Mohon jangan pakai pakaian yang ketat, sendat, melekat! Please okey. Malulah kita sebagai orang Islam. Tunjukkanlah adab kita sebagai orang Islam. Okey dah macam nak bagi tazkirah Zohor pula dah.
b) Hari Khamis, boleh pakai baju batik, baju batik tak perlu pakai necktie. Jadi jangan pula pakai baju batik dengan necktie. Takkah pelik? Hari Jumaat pula, boleh pakai baju Melayu. But make sure, pakai pakaian Melayu yang lengkap, I mean, kena ada songkok dan samping.
You all ada jubahke? Kalau ada, bawa je. Biasa di kolej saya, kalau ada majlis agama, kalau berjemaah di surau, budak-budak surau ini akan pakai baju jubah. Kan sunnah? :) Sayang saya tak ada jubah, sebab saya tak pernah ambil tahu pun jubah sebagai sunnah Nabi.
c) Bersukan? Sebab tu kena bawa kasut sukan. Jangan risau pihak kolej akan beri baju T-Shirt untuk korang, lagipun nanti korang ada Kokurikulum juga kan?
Stoking tu, kalau boleh bawa lima pasang. Jangan sesekali pakai stoking yang sama untuk keesokan harinya. Berbau okey. Pakai stoking yang berlainan. Sesungguhnya kebersihan itu adalah separuh dari iman.
d) Kasut kuliah. Yang ni saya nak emphasize sikit. Saya tak nak korang jadi macam saya dulu. Gara-gara kasut kuliah yang low kualiti, pada hari kedua saya di matrikulasi, tapak kasut kuliah saya telah tercabut dengan penuh dramatiknya ketika kami semua sedang dalam perjalanan nak ke bilik tutorial untuk perjumpaan mentor mentee. Saya yang tak tahu apa perlu dibuat dan malu pula tu, buntu. Parents saya di rumah, 500 kilometer jauh dari sini. Mata saya mula berkaca. Saya tak tahu, saya runsing. Bayangkan, macamana saya nak jalan dengan kasut saya yang dah tercabut tapaknya itu? Kalau saya berjalan dan macam orang tempang si capek atau badut yang sedang membuat persembahan di sarkas. Uhuk! Lalu, tanpa semena-mena, saya pun mengalirkan air mata, mengenangkan abah saya yang nun jauh di sana, lalu tiba-tiba ada seorang fasilitator, abang Muhaimin namanya, dia tengok kasut saya tercabut. Kemudian saya pun tak tahu.
Kemudian saya call abah saya, saya menangis dengan abah, kemudian saya nak bagi panggilan tu ke abang fasi tu, saya nak dia urus kasut saya yang dah tercabut, tapi dia kata, pakailah kasut sukan. What? Pakai kasut suka? Dengan baju kemeja serta necktie, tapi pakai kasut sukan? Saya pun, hmmm, tak apalah. Memandangkan semua pelajar dah masuk bilik, saya pun cepat-cepat ke bilik tutorial saya sambil mengelap air mata. Saya duduk di belakang sekali. Malu. Huhu. Lastly, abah saya call saya balik, minta kakak sepupu saya punya kawan, iaitu Kak Yusrina yang merupakan seorang guru di Labuan untuk belikan saya kasut yang lebih berjenama gitu. Dan alhamdulillah urusan saya selesai. So pengajarannya ialah, pastikan kasut yang korang beli tu biar berjenama. Tak kisahlah jenama Bata ke, Batu ke, yang penting ada kualiti. Biar mahal, asalkan boleh pakai dan tahan lama. Orang kata, alah membeli, menang memakai. Gitu. Dan selepas dah beli, minta tukang jahit kasut, jahit kasut itu dengan tapaknya sekali dengan kukuh.
e) Barang mandian. You all bawalah apa yang patut. Untuk cuci baju, ada koperasi juga jual detergent dan pewangi. Bawalah berus cuci kain, baldi, hanger, penjepit baju apa semua tu. Takkan yang ni pun saya kena mentionkan. Cuma saya just nak tegur. Especially lelaki, yang perempuan tak ada kena-mengena. Bila you all pergi mandi, please, make sure, yang muslim tu, kalau pakai tuala, pastikan menutup aurat. Dari pusat ke bawah lutut. Kalau nak selesa, beli tuala yang macam orang Jepun punya tu, yang main sarung ke badan, macam pakai jaket. Please, jaga aurat. Once you dedahkan aurat you, dosa. And then bila dengan roommate, bila nak sarung pakaian tu, please jaga juga aurat ya. Bila nak sarungkan seluar, pakailah kain pelikat untuk elak aurat terdedah. Saya tahu benda ini tak perlu dimention sebab semua orang dah tahu, cuma saya nampak sejak akhir-akhir ni, mengikut pengalaman saya sebagai budak matrik, ada je yang senang-lenang tayang aurat, malah ada yang just pakai spender masuk tandas. Apakah. -.- And then, pandai-pandailah urus misai dan bulu ketiak tu ya. Jangan buat orang lain rasa tak selesa. Dalam Islam pun kita diminta untuk pendekkan misai dan bulu ketiak. Janggut jangan pula dipotong. Sunnah Nabi tu weh.
f) Bawalah alat-alat tulisan, beg kecil ke kuliah, fail (yang ini kena beli banyak sikit. Kalau boleh cuba beli beg fail yang korang boleh sumbat lectures note dan tutorial mengikut subjek. Senang, comfortable dan sistematik gitu).
Perlu bawa laptopkah? Tak perlu pun tak apa. But for you kesenangan, bawa je, especially for budak-budak Sains Komputer dan budak-budak yang selalu menjadi harapan kumpulan untuk siapkan assignment atau presentation. Lagipun di pusat sumber ada komputer untuk buat kerja dan internet.
Printer? Hmm, kalau saya, saya bawa je. Abah saya beria-ia nak belikan saya printer. Bersyukur dapat abah macam dia. Sayang abah ketat-ketat. Beli printer yang jenis HP. Ink kualitinya tinggi, murah pula tu. Tapi tiada paksaan untuk bawa printer ya adik-adik. Printer biasa saya buat untuk fotostat lecture note, print task kimia, print presentation dan macam-macam lagi.
Kertas A4 atau kertas kajang of course selalu diguna whenever you want to do your tutorial. Tapi kalau nak guna buku nota panjang tu pun tak apa. But depends on pensyarah kalau dia nak guna buku atau kertas. Tapi saya fleksibel sikit. Kadang-kadang selesa guna kertas kemudian klip, kadang-kadang selesa guna buku nota yang panjang itu buat tutorial. Bawa stapler okey.
g) Gajet? Of course boleh. You nak bawa handphone canggih-manggih, Apple iPhone 5, 6, 7, 8, 9s, Samsung Galaxy Note Infinity (eh), pun boleh. Saya galakkan yang ada iPad atau tablet untuk bawa sekali. Sebab apa? Sebab nanti dalam kuliah atau kelas tutorial, kadang-kadang kita tak sempat nak salin jawapan atau nota. So, dengan adanya kecanggihan teknologi ini, dapatkan memudahkan kita untuk membuat kerja. But, you all kena pandai jaga barang-barang ini, kalau tak, nahas. Kita tak tahu, di matrik, ada muka nampak macam baik, tapi sebenarnya pencuri. Huh!
“Boleh ke bawa handphone ke kelas kuliah dan tutorial?”
Boleh. Tapi, jangan guna time cikgu sedang mengajar. Please, kasi silent okey. Kalau tak, kena rampas, saya tak nak tanggungjawab haha.
h) Alat-alat seperti pemanas air dan seterika boleh dibawa. Tapi ada sesetengah matrik dorang ada bilik khas untuk korang seterika pakaian. Tapi di matrik KML, seterika je dalam bilik. Oh ya, berkenaan cuci pakaian, rasanya setiap matrik ada bilik dobi untuk cuci pakaian. Macam di KML, kitorang ada bilik dobi, ada 2 mesin basuh untuk setiap blok. Tapi limited editionlah. Maksud saya, siapa cepat, dia dapat! Dahlah kena bayar RM2 untuk 1 jam. Kalau nak jimat, baik guna kudrat sendiri untuk cuci pakaian di bilik air. Lagi senang, jimat dan menguatkan otot. Gitu.
Jangan bawa periuk nasi nak masak nasi sudah! Ada je student yang pepandai nak jadi chef, siap bawa pan elektronik lagi nak masak ayam panggang.
i) Jangan lupa juga beli mangga untuk kunci loker anda.
j) Makanan ringan? Bawalah biskut 1 tin besar, Vico Paket, Nestum Coklat, the boh, gula, sudu, garfu, pinggan mangkuk kalau nak mamam mee sedap, sebab saya tahu, akan ada satu masa, korang akan kehabisan duit sebab elaun belum masuk.
k) Buku rujukan? Tak payah bawa, lupakan semua buku rujukan SPM. Di sini nanti korang hanya refer lecture notes je. Mudah. Tak payah sesakkan fikiran nak baca buku rujukan yang tebal gegila. Tetapi kalau nak beli pun tak apa. Macam budak yang ambil subjek Biologi, ada satu buku rujukan tebal gegila yang namanya Campbell Biology, tak silap saya harganya RM100++ gitu. Dia sebagai rujukan, boleh bawa sampai universiti.
Kalkulator, pembaris lengkuk, kertas graf bawalah juga ya. Sebab korang nanti akan buat lab report, yang akaun pun tak tercuali, subjek Ekonomi korang ada formula itu ini, ada grafnya lagi. Bawa pembaris panjang untuk lukis graf bagi subjek Fizik yang sentiasa directly proportional.
Amaran.
Ada beberapa barang yang DIHARAMKAN SAMA SEKALI untuk dibawa ke kolej. Sila ambil perhatian.
1) Minuman beralkohol. Please, yang minum arak tegar tu, no Whiskey,Champagne, Wine, Vodka, Bir or whatsoever are allowed here. Eh you all yang minum alcoholic drinks, stoplah minum arak. Arak tu selain haram di sisi Islam, sangat berbahaya. Boleh membawa maut.
2) Rokok. Ni lagi satu. Dah tahu rokok berbahaya mahu juga rokok. Yang lelaki, please, stop smoking. Dalam Islam pun dah difatwakan rokok haram. Tapi kan budak KML ni, ada je yang merokok macam tak ada perasaan. Nak terbatuk saya setiap kali lalu depan dorang. Astaghfirullah. -.-
3) Rice cooker.
4) Haiwan peliharaan.
5) Pisau.
Fuh. Jelas? Penat betul. Rehat sekejap. Okey sambung.
3) Pendaftaran masuk dan urusan asrama
Khusus untuk pelajar-pelajar Matrik Labuan, untuk kemudahan, di Labuan ada banyak hotel dan homestay yang boleh korang inap sebelum hari pendaftaran. Dulu saya menginap di Kampung Bukit Kuda, dalam homestay. 1 malam seratus lebih. Mak aii. Mahal gegila. Tapi kalau you all nak stay dalam surau KML pun tak apa. Tidurlah di Surau Al-Irfan tu. Jangan lupa niat iktikaf. Ada pahala beb.
Satu lagi tip, kalau boleh, datang seawal yang mungkin Kalau boleh jam 5.55 pagi dah ada depan pusat pendaftaran (atau Dewan Mutiara untuk KML). Sebab nanti barisan pendaftaran akan menjadi panjang, dah macam ular sawa sekiranya diteropong dari atas udara.
Sesi pendaftaran diuruskan oleh para pensyarah dan fasi-fasi korang. Make sure sebelum daftar, pakai pakaian formal, yang lelaki, rambut pendek, kukut dipotong. Korang akan daftar dalam system, dan pada saat itu korang akan dapat tahu korang dalam bilik apa dan korang ambil modul apa. Seperti mana yang saya telah beritahu, modul tu korang boleh tukar semasa minggu orientasi.
Kemudian, korang akan diambil gambar untuk buat kad matrik. Kemudian, err, err, korang ikut jelah apa yang disuruh. Selesai pendaftaran masuk, korang akan masuk ke blok asrama korang pula.
Untuk KML, korang ada 6 Blok. Untuk wanita, Blok A dan B (Atau Karisma A dan Karisma B), disusuli dengan Blok C dan D ( Atau Madani C dan Madani D). Untuk jejaka, korang akan duduk dalam Blok E dan Blok F (Atau Luhur E dan F). For your information, saya tinggal di BLOK E, bilik pertama lagi tu. Gitu. :p Oh ya, ini ada tips macamana kebarangkalian korang untuk tinggal bersama-sama dengan sahabat sehidup-semati anda menjadi tinggi. Masa daftar masuk, berdiri dalam barisan rapat-rapat. So mungkin korang akan sama bilik, tak pun berjiran, dan of course, semakin awal you all daftar, semakin anda dapat ground floor, dan sebaliknya.
Apabila dah masuk blok, sila ambil kunci, dan apa-apa yang patut. Kalau KML, korang akan dapat kunci, dapat neckie KML dan T-Shirt KML. Setelah itu, bolehlah ke bilik masing-masing, dan tibalah masanya untuk anda belajar berdikari. Kalau nak bawa parents masuk pun boleh tak ada masalah. Nak minta tolong kemas ke.
Dah selesai? Haah. Memang dah selesai pun. Itu je untuk urusan daftar masuk. Dan tibalah juga saat anda akan berpisah dengan keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang tak pernah berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama seperti saya. Peluk-peluk, pipi ke pipi. Saya masih ingat masa mummy saya peluk saya, dia pesan,
“Jangan lupa solat, baca Al-Quran dan belajar berdikari.”
Sungguh terharu sehingga saya pun turut mengalirkan air mata. Yup. Dan masa minggu orientasi pun saya selalu menangis apabila dorang tayangkan video-video yang membuatkan saya menangis dengan bersungguh-sungguh. Tapi itu semua saya akan kongsi pada entri akan datang. In sha Allah. Saya akan kongsi mengenai kisah-kisah menarik, yang manis dan yang pahit dalam minggu orientasi.
Terima kasih kerana membaca. Doakan kejayaan saya untuk Paper Fizik. Kalau ada soalan inbox je saya dalam FB.
Assalamualaikum.